Pakar perubatan berpendapat bahawa kadar pencemaran udara di dalam kabin kereta yang tertutup adalah lebih serius daripada kadar pencemaran udara yang terdapat di luar kereta.sarung tempat duduk,papan meter,karpet ,pad pemijak kaki dan pintu kereta kebanyakannya diperbuat daripada getah,plasti,fiber yang mudah kotor selepas penggunaan yang lama.Alat hawa dingin kereta di samping membekalkan keselesaan kepada penumpang ,ianya pada masa yang sama menimbulkan pelbagai masalah.Didapati bahawa alat tersebut dapat memasukkan habuk,debu dan bahan pencemar yang lain dalam kuantiti yang agak membimbangkan.
Mengikut penyelidikan,pencucian kereta biasa dan penyembur penyaman udara hanya dapat mematikan kuman dan mengelakkan bau busuk secara sementara sahaja tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut buat selama-lamanya.Proses pemeliharaan kabin kereta yang sihat dan bersih memerlukan satu teknik dan cara penyelesaiannyang efektif.
Aksesori kereta baru melepaskan bahan-bahan toksik yang mengambil masa selama 6 bulan.Bahan-bahan toksik ini menyebabkan pemandu kereta rasa tidak senang dan mudah terlibat di dalam kemalangan.Karbon monoksida dan gas petrol merendahkan kualiti aliran udara segar ke dalam kereta.Tambahan pula kuman dan virus boleh membiak di ruangan yang sempit.
Teknik kurang sesuai yang digunakan tidak dapat membantu menyelesaikan masalah penghapusan kuman dan virus.Penyalahgunaan aroma wangi-wangian di dalam kereta juga merendahkan kualiti udara bersih.
MEMPERBAIKI KUALITI UDARA DI DALAM KERETA UNTUK PEMANDU DAN PENUMPANG.
Ion-ion bercas negative bertindakbalas untuk membersihkan agen-agen udara yang tercemar seperti asap-asap, habuk,pelbagai jenis kuman dan karbon monoksida yang kebiasaannya memberi kesan terhadap kesihatan pada musim panas atau sejuk di dalam tempat tertutup.Kualiti udara yang sempurna akan menghasilkan suasana yang berbeza untuk memandu supaya dapat memberi tumpuan yang lebih,kurang perasaan letih dan memperbaiki tahap keselamatan pemanduan.
Alat penyaman udara kereta ENEX
Produk ini mengandungi teknologi canggih yang berkesan untuk membunuh kuman dan menghapuskan semua jenis bau yang tidak menyenangkan.Produk ini direkacipta khusus untuk melepaskan bilangan ion yang besar di dalam kereta di mana penat lelah dapat disegarkan dan dibaik pulih.
Setiap hari kita menggunakan sebanyak 2 paun makanan,4 paun cecair dan 35 paun udara.Kita bernafas sebanyak 23,000 kali melalui 10,000 liter udara.Kita menerima 50% tenaga daripada udara yang kita sedut..Oleh kerana itu kita meluangkan 80 % masa berada di dalam sesebuah bangunan,kita sepatutnya mencuba sebaik mungkin untuk mengambil udara yang lebih berkualiti semasa di dalam rumah mahu pun di tempat kerja.
Apakah erti pencemaran udara dalaman ? Pencemaran udara boleh dibahagikan kepada 3 kategori,iaitu:
Zarah – campuran zarah pepejal dan zarah cecair di dalam udara.
Mikrob – 3 jenis organism yang utama:bacteria,protozoa,dan kulat.Hidup baik di dalam persekitaran yang mempunyai kelembapan tinggi.
Gas dan bau-bauan – gas yang dikeluarkan daripada alat perabot,permaidani,penyembur rambut,bahan pembersih kimia seperti benzene,formaldehyde dan hydrogen sulfide.
BAGAIMANA LAMPU PEMBERSIHAN UDARA “ANION” BERFUNGSI…
Alam semulajadi pada kebiasaannya menghasilkan ion-ion negative untuk menapis udara.Antara contohnya ialah air terjun,ombak yang memukul pantai dan perubahan iklim.Pada masa yang sama,alam semulajadi juga menghasilkan Oksigen Beraktif (Ozone) yang banyak untuk menghasilkan atmosfera tanpa dicemari.Lampu Pembersih udara “Anion” ialah satu ciptaan yang standing dengan alam semulajadi dalam penghasilan ion-ion negative dan oksigen beraktif untuk mengurangkan bau dan memastikan udara di dalam bangunan tidak tercemar.









